Tuesday, December 16, 2014

Wrap Up : Antabax National Doodle Competition

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل

Setelah menempuhi pelbagai aral melintang seperti ;  Kesungguhan membuat persediaan exam IGCSE, keypad tak boleh tekan sebab tak reti hotkeys laptop, lepastu laptop ditimpa sup panas, kena hantar pula untuk dibaiki - yang sememangnya mengambil masa  dan mngorbankan duit simpanan aku, tak cukup pula dengan itu, kuiz dan exam  yang tiada penghujungnya .. Akhirnya aku kembali menggegarkan arena blog Malaysia!
Haha, ok abaikan.
Pada Bulan September yang lalu, Ummi terima surat dari Pihak Antabax untuk hantar student-student join pertandingan Doodle Antabax. But then, Ummi hand on that letter to me - and ask me to participate.
Ummi kata, "Syuhada ni banyak masa terluang, bagus syuhada ikut pertandingan ni"
Mula-mula, penyakit malas nak ikut pertandingan tu membelenggu diriku. Luckily, I have that kind of DOODLE-MOOD thang that time. So, I give it a shot!
Ummi kata lagi, "Syuhada hantarlah lukisan banyak-banyak, manatau ada lukisan yang sangkut". Tapi aku tetap buat satu lukisan saja sebab malas. hehehe lagipunn, satu lukisan ni saja aku ambil 3 hari untuk siapkan =')
Alhamdulillah, long story short, bertahan juga lukisan ini sehingga dapat mara ke Top 10 :) Aku ingatkan bakat ini sudah padam. Almaklumlah, aku sudah lama pencen dari ikut pertandingan pertandingan macamni. Last competition I participated is when I am 15 years old, I guess.  

Material yang aku guna hanyalah : 36 Faber Castel [yang boleh jadi paint bila letak air], cat air RM3 yang aku beli dekat Speedmart 66 =') , Black Pen Sharpie & Liquid Paper sahaja.


 HD juga camera S3 Mini aku yang cikai ni ye =')


 So, this is it :)
Tak silap aku, aku siapkan lukisan ni pada 25 September, sebab aku takut tak cukup masa untuk Vote memandangkan Dateline dia adalah 30 September.  Tengok-tengok, lepas 30hb, masih ada lagi yang boleh hantar penyertaan sampai ke bulan Oktober -_- Aku punyalah rakus nak upload masa tu sebab risau tak cukup masa untuk vote. Sampaikan yang Upload & Register lukisan aku ni adalah Mr. F, sebab dia ada Unifi, aku ada mobile data yang lembap je.


Untuk pengetahuan semua, lukisan ini perlu di upload ke page Antabax, and register. Lepastu, perlu di undi untuk sampai ke tahap Top 10. 

Ada juga rezeki aku merasa nombor dua masa tu. hehe


Dua bulan berlalu, menyebabkan aku lupa tentang pertandingan ni. Pada hujung bulan November, rupa-rupanya Antabax dah lama ketuk email aku. Aku sebenarnya tak terkejut aku masuk ranking tu. Yang aku terkejut, apasal pulok dah jadi Top 20? Haritu dalam terma dan syarat aku baca diorang nak yang sampai Top 10 je. Mungkin aku kot nombor yang keberapa belas =')

 Masa tu macam nak menangis je rasa dapat email and at the same time kena call dari Pihak Antabax. Sebab malam tu, aku frust tertumpahkan sup panas atas laptop (separuh kot keyboard kena sup cap Campbell Mushroom Cheese) plus, on the same time aku tengah cuak tengok laptop aku tiba tiba shutdown masa aku tengah lap keyboard aku dan dengan rakusnya lagi aku mencabut satu satu huruf keypad dari keyboard aku tu,

Tiba-tiba,
Nasi aku didapur  HANGUS T_T Gimana boleh hangus ya? Begini caranya : Sebelum aku mula study, (masa tu jam 2pagi aku terbangun dan nak sambung study) Aku pegi dapur, berniat untuk masak nasi sebab nak buat bekal nasi goreng cina. Tapi, masatu ada orang tengah masak nasi dekat rice cooker tu, iaitu Kak Pa'an. Alangkah cerdiknya aku terfikir untuk masak nasi secara manual guna periuk atas api. Sebab sebelum ni, aku sudah memang tangkas masak bubur secara manual. "Kenapa tidak masak nasi secara manual?"- getus hatiku.

Tapi,
Malang itu memang tiada notification.
Di saat aku bertungkus lumus menyelamatkan laptop aku, di saat itu juga aku terhidu bau hangus dari dapur T_T "Arghh, biarlaahh kau hangus, nasi! Laptop aku ni yang penting!", jerit hatiku. Selesai aku bersihkan laptop, aku pergi ke dapur dan merenung nasi yang kering-keras-kecoklatan cirinya.

Yaahh! Inilah rupanyaa! Seperti kuih Wajid yang atok selalu beli untuk kami -_-

Aku pun buka paip, rendam periuk berisi nasi hangus tersebut dan terduduk di atas lantai dan menangis pada 2 pagi.
Begitu tragis kisahku malam itu.
Hmm, mana tidaknya aku gembira semasa menerima panggilan dari Antabax, setelah menempuhi duka semalam. Hehehe laptop rosak pun aku sudah lupaa =')


Inilah dia kegembiraan sebagai pengganti.
(Aku dah malas nak berkarang. Layan gambar je lah ey)

Date : 4 December 2014 [Thursday]
Venue : Balai Seni Visual Negara [0.5km dari LRT Titiwangsa]

P/s : Naik teksi dari LRT Titiwangsa ke Balai Seni hanya RM3.20! Kalau starting cab meter dah memang RM 3.00, so the way to our destination only cost 20 cents! I lebiu Malaysia!



Ditemani intan intan permataku, Mira, Anne & Wani, yang sanggup ponteng kelas kerana Excited nak tengok lukisan kerdil sahabat mereka ini yang terpampang di Balai Seni lukis=')

Masuk -masuk je, mereka terus beraksi menjejaki di maana lukisan aku di pamer =')

So yeah.




Sorrylah, Aku tak serajin dulu untuk edit-edit gambar untuk setiap entry. Janji ada gambar sudah :)





Aku pun tak tahu apa motif aku letak gambar blur belon ni. Tapi takpelah, dah mira baik hati ambilkan gambar kitorang. Letak aje hehe

Banyak gila belon masatuu. Selesai majlis, diorang bagi letup ja belonbelon tu. Almubazirunn -_- Kalau ikutkan imaginasi kanak-kanak aku, macam seronok je melompat lompat atas belon -belon tu. But nahh, You Cant Against The Physics Law, mayn! Kang tenggelam kau dalam letupan letupan belon belon tersebut hahaha




The Syumiraane. (Macam brand kasut, haha)



Ini bukan lakonan.  Ini memangg candid by wani.




Mereka inilah Sahabat suka duka aku sepanjang hidup baruku di alam kolej ini :')

Bertambah pula dengan kehadiran si Wani, yang menjadikan hidup kami lebih berseri seri dengan lawaknya yang tak berapa nak kena >.<

Makanan dia sodaaapp sangat masa tu ; Lamb Grilled with Mint Sauce, Sweet and Sour Fish, Chicken masak apa ntah dan sayur masak apa ntah. Plus, ada buah buahan tempatan dan Orang Juice yang ada bitz of pulp inside it!



Kot-kot korang kenal, inilah mereka  :)

LHS : Nor Aniza Musa from Terengganu [BRAINS]
RHS : Noramirah Ahmad from Kedah [TKC]
MIDDLE FRONT : Nur Shafazawani Sapan from Sabah [SMK TANSAU]

Kalau ada adibah mesti best. Kalau ada Fitrah pun mesti makin meriah.
Kalau ada semuaa mesti hmm =')

Takpe, lain hari adalah jodoh kita tuu hehe


Ohya, lupa nak bagitahu yang aku tak menang pun pertandingan ni hehe.
Tapi Ummi Bapa cakap, "Being in Top 20 out of 2000 participants, already make us proud!"


and overall,
I WOULD LIKE TO THANKS TO ALL VOTERS FOR SACRIFICNG YOUR TIME AND EFFORTS TILL I ARRIVED TO THIS LEVEL =')

Thank You :)




Thank you too, to Mira Anne & Wani!
Ingatkan, kalau menang, boleh lah syu belanja korang makan kat Seoul Garden. 

Tapi takpelah, Thank You Again, xoxo!


* * *
Seusai Majlis, Makan Tengahari & Solat Zohor, kami pun pergi ke Midvalley untuk menjadi Duta Magnumm pula!

Haha takdelah.

Aku dan Wani di bawa ke Midvalley oleh Mira dan Anne sebab kami belum pernah lagi menjejak kaki ke Midvalley. Kalau student student, UM, UIA, MAHSA, mesti sonang je nak gi Midvalley. Area kolej kami ni kami cuma sonang sampai ke Paradigm Mall, One Utama, The Curve & Ikea >.<

Ceyy. Abaikan.

So, datang Midvalley sebab nak tengok movie. Tajuknya apantah- room. cerita Hantu lah. Best tapi agak memeningkan sebab banyak sangat nama yang aku tak dapat mengidentifikasikan mereka. Sementara tu, Kami pegi beli Chatime dan ambil gambar dekat Magnum Café. Kebetulan mereka tengah buat Private Launching - Only for Artist.

Kami yang bukan artist, hanya manusia biasa, cuma mampu bergambar di depan Entrance Magnum Café je =')






Pastu masuk kedai Apple, pegi testing semua camera iPong, iPad kat sana =')
Pastu, pegi masuk pula kedai haiwan peliharaan sebab nak tengok haiwan. Mira sikit lagi nak beli kura-kura harga RM15. hehehe


* * *
Sebenarnya inilah Comeback Aku. Aku memang nak buat throwbacks dari bulan Januari lagi, tapi hm, menaip entry ni pon aku dah ambil masa 3 jam. Nampak sangat dah lama tak bina ayat :') Takpelah, just bear this for a while. In shaa Allah I'll be back posting another previous chapter in my life.
Assalammualaikum! :)


No comments:

Post a Comment